Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Pembinaan lampu isyarat Jalan Kuching-Samarahan perlu dipercepatkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Chong (dua kanan) dan Yii (tiga kanan) meninjau tapak pembinaan projek lampu isyarat Jalan Kuching-Samarahan, sebentar tadi.
Chong (dua kanan) dan Yii (tiga kanan) meninjau tapak pembinaan projek lampu isyarat Jalan Kuching-Samarahan, sebentar tadi.

KUCHING: Kerajaan perlu mempercepatkan penyiapan projek pembinaan lampu isyarat di sepanjang laluan Kuching-Samarahan agar orang ramai khususnya yang tinggal di Kota Samarahan tidak menderita terlalu lama akibat kesesakan lalu lintas setiap hari.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Kerja Raya termasuk kontraktor yang terlibat dalam projek berkenaan bagi membincangkan cara mempercepatkan projek serta mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa pelaksanaannya.

“Memandangkan Menteri Kerja Raya adalah anak Sarawak (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi), maka lebih banyak penekanan dan perhatian serius harus diberikan oleh menteri ke atas projek ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu kenyataan selepas bersama-sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii meninjau tapak pembinaan projek lampu isyarat Jalan Kuching-Samarahan, sebentar tadi.

Beliau menegaskan perlu ada kajian yang betul dan lorong lencongan yang mencukupi disediakan sebelum Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi arahan untuk menutup jalan.

Selain itu, katanya lebih ramai polis trafik harus dikerahkan untuk membantu menguruskan trafik pada waktu puncak.

“Kami menyeru Menteri Kerja Raya untuk memberi keutamaan kepada kemajuan projek dan pengurusan trafik semasa pelaksanaannya,” katanya.

Menurut Chong, pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna jalan raya bahawa untuk perjalanan singkat antara Uni Garden ke Hui Sing sahaja, pemandu mengambil masa selama tiga jam iaitu menyamai masa perjalanan dari Kuching ke Sri Aman.

Dalam pada itu, Chong berkata projek lampu isyarat berkenaan bermula pada Oktober 2020 tetapi tergendala disebabkan oleh masalah kontraktor dan kini setelah kontraktor baharu dilantik, JKR mengumumkan bahawa projek itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga November 2023 untuk disiapkan.

Justeru, beliau menyifatkan projek untuk menukar bulatan menjadi persimpangan lampu isyarat mengambil masa lebih daripada tiga tahun untuk disiapkan pastinya tidak boleh diterima.

Katanya ia kerana puluhan ribu pengguna jalan raya mengalami kesulitan yang teruk akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas setiap hari.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk