Trending

Pembinaan landasan kereta api Trans-Borneo tingkatkan kecekapan logistik negeri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Persekutuan mencadangkan untuk membina landasan kereta api Trans-Borneo bagi menghubungkan Sarawak dengan Sabah dan Kalimantan, khususnya ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak telah diberi taklimat oleh Kementerian Pengangkutan dan projek itu akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya mengalu-alukan projek ini kerana sudah tiba masanya untuk kita menambah baik dan meningkatkan kecekapan logistik di negeri ini.

“Tetapi, penting untuk mengadakan perbincangan berterusan antara semua pihak yang terlibat; iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek di Jambatan Lawas, Kompleks Negeri dan Hospital Lawas, di sini, semalam.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru