ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | BERNAMA

Pembinaan Pusat Kanser Sarawak tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah institut kanser di negeri itu.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu ketika berucap pada pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, petang tadi.

“Tahun hadapan, beberapa projek pembangunan baharu akan mula dilaksanakan.

“Kerajaan turut menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak,” katanya.

Perkara terbabit antara enam perkara yang ditekankan oleh beliau ketika mengumumkan projek pembangunan baharu dalam perkhidmatan kesihatan negara.

Antara yang turut dilaksanakan, Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor; kerja awalan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor; Blok Patologi Tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan; dan lima buah klinik kesihatan baharu di Rantau, Negeri Sembilan, Kuala Tahan, Jerantut Pahang, Kuala Jengalz Dungun, Terengganu dan Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam perbincangan untuk menubuhkan Pusat Kanser Sarawak serta melihat potensi tapak yang sesuai untuk pembinaan institusi tersebut di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan Tapak Cadangan Projek Pusat Kanser Sarawak yang terletak tidak jauh dari Pusat Jantung Sarawak, September lalu.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian terdahulu turut mengesahkan Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan RM1 bilion sebagai peruntukan pendahuluan untuk pembinaan pusat terbabit.

Sim yang juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan pembinaan pusat itu penting berikutan penyakit kanser merupakan penyakit berjangkit kedua biasa dikesan di Sarawak dengan mencatat 3,000 kes setahun.

Sarawak turut merekodkan kira-kira 60 hingga 70 peratus kanak-kanak menghidap kanser setiap tahun, tidak termasuk dengan kes berulang dan sebagainya.

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU