ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini. - Foto: UKAS

Pembinaan SMK Sebuyau dibuat dengan dana RM60 juta daripada Kerajaan Sarawak dahulu – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dana pendahuluan bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau baharu di tapak yang telah dikenal pasti dengan kos sekitar RM60 juta. 

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek sekolah itu juga menggunakan konsep bina dahulu dengan dana sendiri kemudian akan membuat tuntutan bayaran balik daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, konsep sedemikian telah dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah mendapat persetujuan.

“Saya sendiri telah membuat aduan kepada Perdana Menteri mengenai perkara ini kerana hal pendidikan dan sekolah penting yang mana sekolah daif perlu dibangunkan segera.

“Kita tunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi tidak ada, jadi saya usulkan konsep ini – kita bina dahulu, kemudian membuat tuntutan bayaran balik dan beliau setuju,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini.

Tambahnya, perkara tersebut juga sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki untuk tindakan seterusnya.

“Saya juga dimaklumkan bahawa anggaran kos pembinaan SMK Sebuyau yang baharu ini adalah antara RM50 juta hingga RM60 juta,” ujarnya.

Mengenai majlis rumah terbuka tersebut, ia juga diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. 

Wan Junaidi yang hadir turut menyempurnakan perasmian sekali gus menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dan asnaf dari kawasan Sebuyau.

Abang Johari (dua kiri) merakam kenangan bersama Julaihi (kiri) dan Tun Wan Junaidi (tengah) serta isterinya, Toh Puan Fauziah (dua kanan). Turut kelihatan isteri Julaihi iaitu Datin Seri Saadiah Buji. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)