ARTIKEL

Kim Shin (tiga kiri) mendengar taklimat daripada Mazli berkaitan status kemajuan projek pembinaan stesen pertukaran ART Simpang Tiga.

Pembinaan stesen pertukaran ART Simpang Tiga ikut jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan stesen pertukaran Aliran Transit Autonomi (ART) Simpang Tiga di bawah projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS) yang bermula pada April lalu mengikut jadual.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin bersama rombongan terdiri daripada Timbalannya, Datuk Dr Jerip Susil, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Hadi Datuk Abdul Kadir, Residen Bahagian Kuching Dayang Joanita Abang Morshidi dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

Rombongan tersebut diberi taklimat kemajuan projek yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustafa.

Kim Shin (tengah) bersama rombongan hadir melawat tapak binaan stesen pertukaran ART Simpang Tiga.

Stesen tersebut merupakan sebahagian daripada kerja pembinaan bagi Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending, selain berfungsi sebagai pertukaran bagi Laluan Biru dan Laluan Merah.

Ketika ini, pembinaan membabitkan kerja merata dan membersih kawasan pembinaan, menambak dan mencerun tanah serta kerja ujian beban dinamik (PDA) untuk cerucuk persegi konkrit bertetulang (RC).

Skop projek membabitkan pembinaan jalan, jejambat, kerja melebarkan jalan, kerja mengalih utiliti dan kerja perlindungan utiliti serta kerja lain.

Sementara itu, bagi pembinaan stesten pula membabitkan kerja seni bina, kerja sivil dan struktur, kerja mekanikal dan elektrik, kerja luaran dan landskap.

Menurut laporan berita Disember lalu, Sarawak Metro menganugerahkan syarikat usaha sama terdiri daripada Sri Datai Construction (Sarawak) Sdn Bhd, JT JV Builders Sdn Bhd dan CHEC Construction (M) Sdn Bhd dengan kontrak membina infrastruktur bagi Laluan Merah. 

Selain membina lorong khusus bagi ART, kontrak bernilai RM943 juta itu juga melibatkan kerja pelebaran jalan dan kerja infrastruktur lain serta pembinaan dijadualkan siap pada Disember 2026. 

Sementara itu, Laluan Biru meliputi jarak 27.6km dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange yang terletak di pusat Bandar, manakala Laluan Hijau (30km) dari Pending ke Damai. 

Pada 20 April lalu, Sarawak Metro turut menyatakan pembinaan Depot ART Rembus dijadualkan siap pada suku keempat 2025.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya