ARTIKEL

Pembonceng motosikal maut digilis kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Seorang pembonceng motosikal maut akibat digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Batu Kitang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11 pagi membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Proton Wira dan Perodua Kenari.

Motosikal ditunggang mangsa bersama bapanya hilang kawalan ketika kejadian lalu bergesel dengan sebuah Perodua Kenari.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa, 22 tahun bersama bapanya, 45 tahun bergerak dari arah Bau hendak menghala ke arah Batu 7, Kota Sentosa. 

“Sampai ke lokasi kejadian, motosikal ditunggang bapa mangsa bersama mangsa hilang kawalan tunggangan lalu menyebabkan bergesel dengan sisi kanan bahagian belakang Perodua Kenari yang berada di hadapan yang tiba-tiba berhenti kerana terdapat kenderaan lain di hadapan hendak masuk ke simpang Loji Air Batu Kitang.

“Akibat daripada itu, motosikal bersama bapa mangsa tercampak ke atas lorong kiri jalan manakala mangsa tercampak ke laluan bertentangan lalu menyebabkan mangsa digilis oleh Proton Wira yang sedang bergerak lurus dari arah Batu 7 hendak menghala ke Bau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, akibat kemalangan mangsa disahkan maut di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pegawai perubatan yang bertugas pada jam 3.52 petang.

Sementara katanya, bapa mangsa serta pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU