CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Pemborong, peruncit LPG di Sarawak tidak perlu lagi memohon lesen dari Putrajaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak menempa satu lagi kejayaan apabila pengedaran gas petroleum cecair (LPG) di negeri ini tidak perlu lagi memohon lesen dari Putrajaya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, ia susulan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memberi pengecualian daripada memperoleh kebenaran menerusi Akta Kemajuan Petroleum (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan (CSA) untuk pemegang lesen Ordinan Pengagihan Gas (DGO) di Sarawak berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.

“Pemborong dan peruncit LPG di negeri ini hanya memerlukan lesen DGO 2016 daripada Kementerian Utiliti dan tidak lagi perlu memohon kebenaran PDA dan lesen CSA daripada KPDNHEP.

“Pelaksanaan pengecualian ini diharapkan akan meningkatkan keberkesanan operasi dan aktiviti pengedaran gas di Sarawak serta mengawal selia sendiri dan lebih terlibat dalam tadbir urus industri minyak dan gas di negeri ini,” katanya.

Beliau pada Majlis Penyerahan Surat Pengecualian Kawal Selia LPG di Sarawak kepada SEDC Energy Sdn Bhd di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Baca lain  Terus berdiri teguh di belakang GPS

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kapit itu berkata SEDC Energy Sdn. Bhd. akan bertindak sebagai syarikat minyak penuh dan melaksanakan aktiviti penjualan petroleum dan diesel secara hiliran di bawah jenama sendiri.

“Keterlibatan SEDC selaku entiti pelaburan milik kerajaan negeri dilihat akan menjana pendapatan serta meningkatkan penglibatan Sarawak dalam industri minyak dan gas yang sangat besar dan antara merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru