ARTIKEL

Tan Kai melawat salah satu pusat pembuangan sampah di blok rumah kedai di MJC Batu Kawa baru-baru ini

Pembuangan sampah secara haram bakal berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Masalah pembuangan sampah secara haram di sekitar rumah kedai di MJC Batu Kawa bakal berakhir apabila kesemua pusat pembuangan sampah di sekitar kawasan tersebut akan dirobohkan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Tan Kai berkata, kerja-kerja merobohkan pusat-pusat tersebut telah dimulakan dan dijangka siap pada hujung bulan ini, dan sekali gus bakal menyediakan persekitaran yang bersih dan mampan untuk penduduk.

“Susulan daripada kerja-kerja merobohkan pusat-pusat tersebut, perkhidmatan mengutip sampah dari pintu ke pintu akan dilaksanakan serta dimulakan pada 1 April depan.

“Sementara kerja-kerja merobohkan pusat pembuangan sampah sedang dijalankan dan menunggu penghantaran tong sampah ke blok individu, MPP akan menempatkan tong sampah yang lebih kecil di tempat strategik.

“Antaranya adalah di tempat letak kereta untuk pembuangan sampah am penduduk dan pengusaha perniagaan di rumah kedai di MJC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa tong sampah yang disediakan oleh MPP adalah khusus untuk kegunaan penduduk rumah kedai dan pengusaha perniagaan di MJC sahaja.

Baca lain  22 Pati masuk secara haram diusir 

Tegasnya, ia tidak boleh digunakan untuk pembuangan sampah sembarangan terutamanya sampah besar oleh orang luar.

Tambahnya lagi, MPP bersama-sama perbadanan pengurusan dan penduduk rumah kedai MJC akan memantau situasi pembuangan sampah di sekitar kawasan tersebut.

Jelasnya, individu yang ditangkap membuang sampah secara haram di mana-mana tempat awam di sekitar kawasan tersebut akan dikenakan penalti di bawah Undang-Undang Kecil 18 (3) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Kebersihan) 1999.

Beliau juga menyeru kesemua pemilik perniagaan yang menjana lebihan sisa supaya memohon permohonan kutipan tambahan (ACR) dengan mengemukakan permohonan kepada Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MPP.

Katanya, sisa tambahan daripada premis perniagaan itu boleh diuruskan dengan lebih baik melalui ACR.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh