ARTIKEL

Pembukaan jalan Kuching-Sri Aman, pemandu diminta berhati-hati 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati semasa memandu di Jalan Kuching – Sri Aman ketika tempoh pembukaan jalan sedang berlangsung. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus apabila jalan berubah kepada empat lorong dua hala dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

“Bagi penggunaan P-Turn yang disediakan, sila gunakan dengan betul dan selamat,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan laluan antara Jambatan Sungai Klauh dan Kampung Panggil itu.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik, sila berhubung dengan Pejabat JKR Sarawak Talikhidmat di talian 082-203 199 dan pihak WPC04 di talian 016-5772791,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP