Trending

Pembukaan pintu masuk Lizi bakal galak perdagangan China-Asia Selatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Kredit: BERNAMA

LIZI: Pintu masuk Lizi yang terletak di sempadan China dan Nepal dibuka secara rasmi pada Isnin.

Pintu masuk yang terletak di laluan perdagangan baharu China-Asia Selatan itu dijangka akan menggalakkan dagangan antara China dengan negara-negara serantau khususnya di zon kerjasama ekonomi Lingkaran Himalaya. 

Terletak di wilayah Tibet dengan altitud 4,772 meter ia merupakan pintu masuk beraltitud paling tinggi di wilayah sutonomi itu.

Laluan itu juga berhadapan dengan pintu masuk Nechung Nepal dan berjarak 452 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu dan 251 kilometer dari bandar raya Pokhara di Nepal.

Dilengkapi dengan lapan laluan pengembara dan dua laluan kenderaan, Lizi merupakan pintu masuk darat keempat di wilayah Tibet selepas Zhangmu, Jilong and Pulan.

Lizi akan melengkapkan susun atur pintu masuk di Tibet dan keterbukaan wilayah autonomi berkenaan, sekali gus menggalakkan kerjasama perdagangan China dengan luar negara. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru