ARTIKEL

Pemecatan salah: Bekas pengurus BNM peroleh ganti rugi lebih RM300,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memperoleh ganti rugi lebih RM300,000, selepas menang dalam kes samannya terhadap bank tersebut berhubung pemecatannya secara salah kerana menyertai aktiviti politik pada 2016.

Peguam Datuk S.Ambiga mewakili Y.Kohila, 48, selaku plaintif berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian, pada prosiding taksiran ganti rugi hari ini.

“BNM selaku defendan perlu membayar ganti rugi RM366,062 kepada plaintif (Kohila) dan kos RM50,000,” kata Ambiga ketika dihubungi.

Pada 29 Mac, Hakim Ahmad membenarkan saman yang difailkan Kohila terhadap BNM, selepas mendapati pemecatan wanita itu kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Kohila yang ketika itu Pengurus Muzium, Galeri Seni dan Pusat Pengurusan Ilmu Pengetahuan BNM, telah memfailkan saman berkenaan pada 2018 dengan menamakan BNM sebagai defendan.

Dakwa plaintif, pada Mei 2017, beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh BNM kerana menyokong sebuah parti politik dan mengambil bahagian dalam perhimpunan awam yang dianjurkan oleh parti itu pada 2016.

Katanya Jawatankuasa Tatatertib pada Jun 2017, telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan plaintif atas tiga pertuduhan salah laku di bawah Kod Etika 2012. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU