ARTIKEL

Foto TVS

Pemegang KGC seluruh Sarawak semakin banyak pilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC) di seluruh Sarawak kini berjumlah 471 premis termasuk yang terbaharu pasar raya Selamart.

Ini sekali gus membolehkan pemegang kad berkenaan mempunyai lebih banyak pilihan.

KGC kini mempunyai sebanyak 31 rakan strategik di Sarikei dan jumlah bertambah kepada 32 dengan penyertaan Selamart sebagai rakan strategik KGC yang baharu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha kini sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan lebih banyak premis di negeri ini menerima penggunaan KGC sekali gus memudahkan pemilik kad itu menggunakannya untuk mendapatkan keperluan harian.

KGC dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang merupakan pemberian kepada waris pemegang kad yang meninggal bagi menanggung kos pengebumian berjumlah RM3,000.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU