ARTIKEL

Pemenang Hadiah Nobel Bangladesh dipenjara 6 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DHAKA: Mahkamah Dhaka pada Isnin menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap pemenang Hadiah Nobel Bangladesh Muhammad Yunus dan tiga lagi individu kerana pelanggaran undang-undang buruh melibatkan entiti bukan berasaskan keuntungan mereka iaitu Grameen Telecom Limited.

Hakim Sheikh Marina Sultana dari Mahkamah Buruh Ketiga Dhaka turut mengenakan penalti kewangan sebanyak 5,000 taka (US$45) terhadap setiap empat eksekutif syarikat itu, lapor Agensi Berita dpa.

Mereka didapati bersalah kerana gagal menempatkan pekerja dalam pekerjaan selepas tamat tempoh percubaan mereka, gagal mendapatkan jadual kerja yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan gagal menyerahkan bayaran tahunan dan setengah tahun kepada pekerja.

Untuk satu lagi pertuduhan, mahkamah mengenakan denda sebanyak 25,000 taka setiap seorang.
Menurut mahkamah kegagalan membayar jumlah itu menyebabkan semua tertuduh dipenjara antara 10 hari dan 15 hari.

Yunus, pengerusi Grameen Telecom; pengarah urusan Ashraful Hasan dan pengarah Nurjahan Begum serta Mohammad Shahjahan hadir di mahkamah ketika penghakiman itu disampaikan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Yunus dan eksekutif lain syarikat itu kekal dengan ikat jamin sehingga mereka memfailkan rayuan dengan mahkamah tinggi dalam tempoh 30 hari tanpa perlu dipenjara segera.

Peguam bela Abdullah al Mamun menyifatkan penghakiman itu cacat dan berikrar untuk merayu.

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU