ARTIKEL

RAKAM KENANGAN...Datuk Rubiah Wang dan Awla Dris (duduk tengah) merakam gambar bersama-sama yang lain

Pemenang Kejohanan Samarahan Esports X Budaya & Digital 2024 diumumkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Samarahan Esports X Budaya & Digital 2024 berlangsung di The Summer Mall, Kota Samarahan Ahad lalu.

Tiga kategori dipertandingkan menghimpunkan 32 pasukan berentap dalam kategori PUBG Mobile, 32 pasukan dalam kategori Mobile Legend dan 24 kategori AEFC.

Tamat saingan menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan. Pasukan MPF Legacy XP muncul juara kategori PUBG Mobile sambil menerima hadiah wang tunai RM2,500 berserta piala.

Manakala, pasukan Foxura pula muncul juara kategori Mobile Legend dan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan piala.

Dalam pada itu, kategori AEFC diungguli pasukan Kagura, membawa pulang wang tunai RM500 serta piala.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.

Hadir sama ADUN Simunjan Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Presiden Persatuan Esports Samarahan (SEA), Ahmad Terzuden Kiprawi.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU