ARTIKEL

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn

Pementasan teater mini beri gambaran menarik kepada pelajar tentang keseronokan STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pementasan teater mini yang berunsurkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) memberi gambaran kepada pelajar bahawa subjek-subjek tersebut adalah menyeronokkan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata berdasarkan pementasan teater yang disampaikan oleh pelajar ini, mereka mempunyai pengetahuan dalam subjek-subjek tersebut.

Katanya, pada masa sama, mereka dapat mengetengahkan idea dan inovasi dalam projek mereka.

Profesor Emeritus Datuk Dr Noraini Idris

“Kesemua ini adalah idea saintifik, lebih kurang mahu mereka mempunyai pandangan bahawa STEM bukan suatu subjek yang sukar dalam fikiran mereka.

“Ini yang kita mahu sampaikan kepada minda muda ini, pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Teater Mini STEM Sarawak di Pusat Persidangan Serian di sini, hari ini.

Sehubungan itu, kata Sagah, menerusi pementasan teater itu, ia dapat meningkatkan keyakinan pelajar di samping menjana idea kepada mereka.

Jelasnya lagi, pelajar ini mempunyai keyakinan dan pengetahuan dalam memperjelaskan idea dan inovasi mereka kepada orang ramai.

“Ini kekurangan kita, kita cuba lakukan ini untuk melatih mereka kerana kebanyakan (program) dibuat di luar sekolah.

“Apa yang kita harapkan, sekolah mengadaptasi kaedah ini agar ia menjadikan STEM lebih menarik,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan STEM Kebangsaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Noraini Idris, berkata pihaknya sentiasa menyokong agenda Kerajaan Sarawak untuk menyemarakkan agenda STEM dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Katanya, ini ditambah dengan kerjasama agensi kerajaan bagi membantu pelajar ini bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran malah lebih berinovasi.

“Ini yang dimahukan oleh universiti dan industri pada masa hadapan apabila mereka melanjutkan pengajian.

“Mereka mahu mengetahui bahawa mereka mempunyai sesuatu dalam inovasi, malah kita juga mahu mereka menjadi lebih yakin.

“Sebab itu teater diadakan agar mereka mempunyai keyakinan bercakap di khayalak ramai.

“Mungkin ia sesuatu yang baharu buat mereka tetapi kita mahu mereka melihat dan menangkap sesuatu yang menarik,” katanya.

BERITA LAIN

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat