ARTIKEL

Baru Bian

Pemergian Mutang kehilangan besar bagi Sarawak, komuniti Lun Bawang dan kaum Dayak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak terutama masyarakat Dayak kehilangan tokoh yang menjadi kebanggaan susulan kematian Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal pagi tadi.

ADUN Ba Kelalan, Baru Bian menyifatkan pemergian mendiang kehilangan besar bukan sahaja kepada komuniti Lun Bawang, tetapi kepada seluruh komuniti Dayak di negeri ini.

“Pelantikan mendiang sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada Februari lalu menjadi berita gembira bagi kami, namun ia sangat menyedihkan kerana beliau sempat berkhidmat untuk beberapa bulan sahaja sebelum pemergiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di samping itu, beliau berkata, pemergian Mutang Tagal itu juga meninggalkan kesan mendalam bagi dirinya yang telah lama mengenali mendiang.

“Saya mengenali mendiang kerana kami kaum yang sama iaitu Lun Bawang, sebagai peguam dan juga ahli politik.

“Menjadi orang paling dekat dengan komuniti, hal ini sememangnya menjadi pemergian yang amat besar bagi saya dan seluruh komuniti Lun Bawang.

“Mewakili seluruh penduduk Ba Kelalan, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, dan kami mendoakan agar roh mendiang berehat dalam damai.

“Dalam pada itu, kami juga mendoakan agar keluarga mendiang diberi kekuatan sepanjang menghadapi tempoh sukar ini,” katanya.

Terdahulu, Mutang Tagal yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.46 pagi, hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semasa menerima rawatan bermula 6 Mei lalu.

Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan mendiang dimaklumkan kemudian.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC