ARTIKEL

Sebastian Ting

Pemergian Tun Taib satu kehilangan besar – Ting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat di negeri ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata, pelbagai sumbangan telah ditunjukkan sepanjang kepimpinan beliau termasuk menjadi salah satu legasi kepimpinan politik yang telah memperkenalkan asas kerajaan yang stabil serta harmoni dalam kalangan etnik yang pelbagai di negeri ini.

“Bekas Ketua Menteri itu telah mengetuai SUPP, dan parti lain seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Demokratik Progresif (PDP) bagi membentuk kerajaan yang stabil.

“Melalui kepimpinannya juga, arwah berjaya menyatukan rakyat serta mengekalkan keharmonian rakyat pelbagai etnik di Sarawak, yang telah berjaya meletakkan Sarawak sebagai asas kepada keharmonian sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa beliau serta seluruh warga SUPP amat menghargai sumbangan besar yang diberikan terutamanya terhadap pembangunan ekonomi, pendidikan dan juga politik di Sarawak.

Baca lain  GPS tidak terlibat kempen PRN enam negeri

Katanya, Tun Taib telah menjalankan tanggungjawab terhadap semua jawatan yang dipegang sebelum ini dengan baik serta cemerlang sehingga memberi sumbangan yang amat besar kepada negara khususnya di Sarawak.

Allahyarham Tun Taib disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sekitar jam 4.40 pagi tadi.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang