ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Pemergian Tun Taib satu kehilangan besar – Wee Hong Seng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng menzahirkan ucapan takziah dan berdukacita atas pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, berita pemergian bekas Yang di-Pertua Sarawak pada pagi tadi amat menyedihkan.

Menyifatkan Allahyarham Taib sebagai mentor, katanya kehilangan figura hebat itu sudah pasti memberi impak besar bukan sahaja kepadanya tetapi juga seluruh rakyat Sarawak

“Kita sangat bersyukur mempunyai pemimpin seperti Allahyarham kerana sepanjang hayatnya, beliau telah membuat sumbangan yang besar berkhidmat kepada Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, Allahyarham Taib juga telah membawa perubahan besar kepada bandar Kuching yang mana telah menunjukkan minat awal sebelum Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) ditubuhkan pada 1988.

“Dengan minatnya yang tinggi, ibu negeri ini telah berkembang menjadi sebuah bandar raya yang meriah seperti hari ini, digemari oleh penduduk kita dan mendapat pujian daripada pelawat serta pelancong,” ujarnya.

Allahyarham Taib yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014 itu juga telah menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur sekitar jam 4.40 pagi tadi.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU