ARTIKEL

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Hishammuddin Hussein (kanan).

Pemergian Tun Taib turut diratapi di Semenanjung Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemergian Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bukan sahaja satu kehilangan kepada negara dan Sarawak, malah turut dirasai rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disebabkan bekas Ketua Menteri Sarawak itu juga telah memberikan sumbangan besar di peringkat nasional dan negeri.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya kepada rakyat Sarawak atas sumbangan besar beliau di peringkat nasional, apatah lagi di peringkat Sarawak dan beliau merupakan seorang yang progresif dan dinamik kepimpinannya,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara, mantan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menzahirkan rasa dukacita mendengar berita pemergian Taib Mahmud pada pagi ini.

Ahli Parlimen Sembrong berkenaan menyifatkan pemergian Ketua Menteri paling lama di Sarawak terbabit sebagai kehilangan besar kepada negeri ini.

“Beliau banyak berjasa dari segi sumbangan dan usaha terutama sepanjang menjadi Ketua Menteri serta Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan besar buat negara khususnya Sarawak, katanya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,