ARTIKEL

Ahli keluarga dan kenalan terdekat meratapi pemergian mendiang Joanna pada acara pengebumian

Pemergian wirawati mendiang Joanna ditangisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Ratapan pemergian wirawati mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna jelas terpancar pada acara penghormatan terakhir terhadap mendiang di Kampung Engkeroh, di sini, hari ini.

Bermula pada jam 9 pagi, acara pengebumian mendiang dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.

Sebelum jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan 2 kilometer dari kediamannya, ahli keluarga serta kenalan rapat sempat menziarahi jasad beliau.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Stephen Mundaw turut hadir.

Veteran, anggota-anggota dan pegawai dalam kalangan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut kelihatan barisan keanggotaan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pihak TUDM turut membantu menurunkan jenazah mendiang ke dalam kubur

Sambil meratapi pemergian wirawati anak Serian itu, mendiang dibawa ke tanah perkuburan menggunakan kereta jenazah TUDM diusung oleh lapan anggota dari TLDM diketuai Bintara Kanan Peperangan Atas Permukaan (BK PAP) Mahathir Sait.

Acara pengebumian dimulakan dengan bacaan doa sebelum selesai disemadikan dengan sempurna sekitar jam 11.25 pagi.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan awal berjumlah RM10,000 kepada setiap keluarga anggota TLDM yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

Selain, kementerian turut menubuhkan tabung khas bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

Pada masa sama, segala kos perjalanan terakhir termasuk penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah juga ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ini merupakan satu langkah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga,” katanya ringkas.

Sementara, Joanna merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut sekitar jam 9 pagi, Selasa (23 April).

Keadaan sekitar kawasan penyemadian mendiang Joanna

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)