ARTIKEL

Pemerkasaan digital untuk belia OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu juga diperkenalkan bagi memastikan tiada golongan masyarakat dalam negara ini terpinggir dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.

Fahmi berkata program itu turut menjadi platform untuk mempromosikan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), khususnya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan komuniti OKU memperoleh manfaat dan pelbagai faedah.

“Dunia digital bertindak sebagai pemboleh cara yang memberi peluang kepada komuniti ini berkomunikasi tanpa kekangan.

“Justeru, pelaksanaan program pembangunan dan pemerkasaan digital belia OKU dilakukan bagi membolehkan mereka menggunakan peluang sebaik mungkin dan meningkatkan kebolehpasaran OKU dalam pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini, semalam.

Menurutnya lagi, terdapat empat objektif utama yang ditekankan menerusi Program OKU Celik Digital yang merangkumi peningkatan kesedaran serta advokasi kepada komuniti OKU, pendedahan kepada komuniti berhubung kewaspadaan jenayah siber, mendidik dan melindungi pengguna internet daripada risiko dan ancaman dalam talian serta meningkatkan tahap literasi digital masyarakat.

“Kesemua objektif ini dicapai melalui perkongsian beberapa modul yang merangkumi tiga aspek iaitu kesedaran internet, keusahawanan digital dan pemerkasaan digital,” katanya.

Fahmi berkata modul-modul tersebut disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta yang antaranya terdiri daripada MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Shopee. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan