ARTIKEL

Pemilihan pemain skuad Grace United

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kelab yang semakin menyerlah kredibiliti mereka, Grace United akan mengadakan sesi pemilihan bagi mencari pemain terbaik untuk pembentukan pasukan musim baharu 2024.

Pengurus Grace United Grazeline Nyirin berkata, sesi pemilihan pemain mencakupi dua kategori berbeza iaitu untuk pasukan futsal lelaki dan skuad bola sepak lelaki dan wanita.

Menurut Grazeline, pemilihan pemain untuk skuad futsal lelaki secara tertutup melibatkan pasukan dan pemain jemputan sahaja.

“Pemilihan ini akan berlangsung pada Selasa depan di Stadium Tertutup Bola Keranjang Serian dan berlangsung dari pukul 7 hingga 8 malam,” ujar Grazeline Nyirin kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun katanya, Ahad ini berlangsung dua perlawanan persahabatan antara pasukan yang dijemput.

“Perlawanan persahabatan pertama melibatkan skuad Grace United (lelaki) dan disusuli perlawanan persahabatan skuad wanita,” tambahnya.

Kedua-dua perlawanan persahabatan itu berlangsung di Kompleks Sukan Serian bermula jam 3 hingga 6 petang.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta