Pemilik akaun Facebook mohon maaf kepada KM, Kerajaan Sarawak, Adun Datuk Juanda Jaya dan penduduk Dun Jemoreng persenda bantuan makanan PKP

MATU: Satu laporan polis telah dibuat ke atas satu Facebook yang memuat turun imej berhubung Pakej Bantuan Makanan PKP yang diperkenal oleh Kerajaan Sarawak susulan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) ekoran krisis Covid-19.

Facebook dengan nama akaun Abang Ikhsan Ghani telah memuat naik imej empat individu dan satu tangan dengan ayat Apa Khabar Bantuan PKPCOVID19 pada 3 April.

Individu-individu digambarkan seakan-akan menghulur wang dari jumlah RM8000 dan menyusut ke satu tangan yang tertulis N44.

Jurucakap Pusat Khidmat N44 Jemoreng berkata, laporan dibuat sekitar 930 pagi tadi.

“Dan dia telah ditahan polis pada 11 pagi hari yang sama selepas laporan polis dibuat oleh Pegawai Pusat Khidmat bersama Pegawai Daerah Matu, Penghulu Kampung Tian Matu serta ketua masyarakat dan NGO,” katanya.

Di sini disertakan rakaman permohonan maaf terbuka beliau kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak, Adun N44 Datuk Dr Juanda Jaya dan seluruh penduduk Dun Jemoreng.

Suara Sarawak