ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata

Pemilik bistro rugi RM370,000 terpedaya sindiket pelaburan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemilik bistro di sini kerugian RM370,000 akibat ditipu sindiket pelaburan dalam talian. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, mangsa berusia lewat 40-an itu telah diperkenalkan seorang rakan untuk menyertai satu pelaburan kripto yang dikenali dengan ‘Sat Coin’ pada Oktober 2021.

Katanya, suspek menjanjikan mangsa akan mendapat keuntungan tetap sebanyak 10 peratus setiap bulan dan modal akan dipulangkan dalam tempoh masa setahun.

“Suspek kemudian telah menawarkan dua pakej pelaburan iaitu USD30,000 dan USD10,000 kepada mangsa.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah melakukan 16 transaksi pemindahan dalam talian melalui aplikasi Binance dan sebuah syarikat tidak dikenali pada Oktober 2021 sehingga April 2022,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, suspek kemudiannya telah memberikan ID akaun laman web ‘Restart’ kepada mangsa untuk membolehkan beliau memantau keuntungan dan modal yang dilaburkan.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu setelah beliau tidak berjaya mengakses laman web tersebut kerana akaun beliau telah disekat pada bulan Mei yang lalu. 

“Suspek juga telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi selepas itu.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk siasatan selanjutnya,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,