ARTIKEL

Pemilik FB ditahan muat naik hantaran hina islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu rangkaian kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemilik akaun Facebook (FB) berusia lingkungan 35 tahun ditahan di kawasan Cheras, semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutama melibatkan isu 3R (raja, agama, bangsa).

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU