ARTIKEL

Foto Fail Mac 2024.

Pemilik syarikat, lima individu didakwa miliki 38,654 liter diesel bersubsidi tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemilik syarikat dan lima individu didakwa atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak diesel bersubsidi tanpa lesen dengan nilai keseluruhan sejumlah 38,654 liter, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin, enam kes pendakwaan dibuat secara berasingan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Di bawah akta itu, sekiranya disabitkan kesalahan akan menerima hukuman denda maksimum sebanyak RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di Mahkamah Sesyen Sarikei, Sarawak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Matthew, hukuman dijatuhkan oleh Hakim Stella Augsutine Druce selepas pemilik syarikat dan lima individu berkenaan mengaku bersalah bagi kesalahan yang dilakukan di Sarikei tahun lepas.

Prosiding pendakwaan katanya, dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Sarawak, Nor Azhari Yusof.

“Justeru, masyarakat dipohon menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

“Ia bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan melalui saluran WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317; portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my; talian 1-800-886-80, dan aplikasi Ez ADU KPDN,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU