ARTIKEL

CHONG CHIENG JEN

Pemimpin DAP Sarawak: Tun Taib letak asas kukuh, lonjak pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Secara keseluruhan Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah memberi sumbangan yang besar serta melonjakkan pembangunan negeri ini, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Menurut Ahli Parlimen Stampin itu, walaupun pihaknya berada dalam blok pembangkang, namun tidak menyangkal sumbangan besar yang telah dibawakan oleh Tun Taib sememangnya membawa negeri ini ke tahap yang ada sekarang.

“Walaupun kami mungkin tidak bersetuju dengan dasar-dasar tertentu semasa Tun Taib mentadbir Sarawak sebagai Ketua Menteri.

“Tetapi secara keseluruhan, Allahyarham telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri serta meletakkan asas yang kukuh untuk kerajaan sekarang ke tahap yang lebih tinggi,” katanya, hari ini.

ADUN Padungan itu juga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi hari ini di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan beliau kepada pembangunan negeri ini,” tegasnya.

Baca lain  Suasana hiba di Masjid Negara, penghormatan terakhir untuk Tun Taib

Pendapat yang sama juga diungkapkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Dr Kelvin Yii yang memberitahu pengorbanan serta jasa Tun Taib pasti akan dikenangan oleh seluruh rakyat Sarawak sampai bila-bila.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu