Trending

Pemimpin G20 ‘capai kata sepakat’, terima pakai deklarasi New Delhi – Perdana Menteri India

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Kredit: Reuters | BERNAMA

NEW DELHI: Sidang kemuncak G20 pada Sabtu “mencapai kata sepakat” dan menerima pakai deklarasi New Delhi, kata Perdana Menteri India Narendra Modi.

“Saya telah menerima berita baik.

Disebabkan kerja keras pasukan kami, konsensus telah terbina di atas Deklarasi Sidang Kemuncak Pemimpin G20 New Delhi.

“Saya mengumumkan bahawa deklarasi ini telah diterima pakai,”  lapor Agensi Anadolu memetik Modi sebagai berkata sebelum permulaan persidangan sesi petang.

Pengisytiharan itu  tidak dihadiri oleh presiden China dan Rusia, serta masih belum didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun,  terdapat laporan bahawa pemimpin G20 telah meluluskan bahasa kompromi mengenai perang Rusia ke atas Ukraine, mengatasi perbezaan yang boleh menjejaskan harapan untuk satu kenyataan bersama.

Anggota G20 juga bersetuju untuk memberikan keahlian tetap kepada Kesatuan Afrika (AU) dalam usaha menjadikan kumpulan itu lebih mewakili, lapor Xinhua.

Persetujuan itu dicapai pada sesi sulung sidang kemuncak G20 yang berlangsung selama dua hari.

Di tengah-tengah tepukan daripada wakil G20 yang lain, Azali Assoumani, presiden Kesatuan Comoros dan pengerusi AU semasa, kemudian mengambil tempatnya mewakili badan benua itu yang mempunyai 55 negara anggota. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru