ARTIKEL

India's Prime Minister Narendra Modi (C) along with world leaders pays respect at the Mahatma Gandhi memorial at Raj Ghat on the sidelines of the G20 summit in New Delhi on September 10, 2023. (Photo by PIB / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE

Pemimpin G20 lawat memorial Mahatma Gandhi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Kumpulan 20 negara ekonomi maju dan pesat membangun meneruskan perbincangan diplomatik mereka pada sidang kemuncak G20 di India pada Ahad tetapi tidak ada resolusi besar lain dijangka.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dan pemimpin G20 memulakan acara itu dengan melawat memorial yang didedikasikan untuk pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi di ibu negara New Delhi pada sebelah pagi.

Karangan bunga kemudiannya diletakkan semasa upacara di tapak tersebut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden AS, Joe Biden; Canselor Jerman, Olaf Scholz dan pemimpin dunia lain turut berhenti sejenak sebagai tanda penghormatan.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, yang mewakili Kremlin kerana ketiadaan Presiden Vladimir Putin juga menghadiri acara tersebut.

Ia berbeza dengan sidang G20 tahun lalu di Indonesia, yang juga dibayangi oleh perang Rusia terhadap Ukraine, yang bermula pada Februari 2022.

Pada penghujung sidang kemuncak dua hari itu, sesi kerja ketiga meja bulat akan diadakan di bawah moto ‘Satu Masa Depan,’ kata dpa.

Tujuannya adalah untuk membincangkan terma konkrit cara menangani isu seperti pembaharuan bank pembangunan dan organisasi kewangan antarabangsa.

Tiada keputusan utama lain dijangka selepas pemimpin G20 mencapai kompromi pada Sabtu dan menyetujui deklarasi sidang kemuncak bersama.

Sekutu Barat Ukraine berunding perlunya semua negara menahan diri daripada serangan terhadap integriti wilayah atau kemerdekaan politik negara lain.

Selain itu, ancaman senjata nuklear Rusia dikritik secara tidak langsung.

Diplomat melihat perkataan itu sebagai persetujuan terhadap tahap terendah yang umum, tetapi ia mencegah sidang itu daripada gagal.

Canselor Jerman, Olaf Scholz menyifatkan kata-kata terakhir berkenaan Ukraine dalam deklarasi bersama-sama itu sebagai satu kejayaan. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP