Pemimpin Hong Kong kutuk perusuh

HONG KONG: Penunjuk perasaan antikerajaan yang bertempur dengan polis di dalam sebuah pusat beli-belah Hong Kong adalah “perusuh”, kata pemimpin Hong Kong yang pro-Beijing itu sebagai tanda sokongan beliau terhadap pasukan polis berikutan satu lagi pertempuran pada Ahad.

Krisis politik Hong Kong semakin meruncing apabila polis rusuhan dan penunjuk perasaan bertempur di dalam kompleks membeli-belah yang menempatkan kedai-kedai mewah.

Polis menggunakan semburan lada dan belantan terhadap kumpulan kecil penunjuk perasaan, yang bertindak balas dengan membaling payung, botol dan projektil lain, dalam malam keganasan baharu di hab antarabangsa itu.

Polis dan penunjuk perasaan masing-masing mengalami kecederaan dalam kekecohan yang meninggalkan kesan darah di atas lantai itu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang menerima rawatan di hospital.

Pemimpin Carries Lam menyelar tindakan penunjuk perasaan selepas melawat anggota keselamatan yang cedera pada Isnin.

“Mereka komited terhadap tugas, dan juga sangat profesional dan keadaan terkawal, tetapi mereka secara tidak sen- gaja diserang oleh perusuh. Saya fikir kita boleh gambarkan mereka sebagai peru- suh,” kata Lam kepada pemberita.

Lam berkata polis dan pendakwa akan mengenakan pertuduhan kepada penunjuk perasaan selepas siasatan lanjut.

Hong Kong telah digegarkan oleh protes secara besar-besaran lebih daripada satu bulan, dan juga beberapa konfrontasi kekerasan yang berasingan dengan polis yang dicetuskan oleh undang-undang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China dan negara-negara lain.

Suara Sarawak