ARTIKEL

Pemimpin Kayan, Kenyah mohon Adet Kayan-Kenyah 1994 dipisahkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemimpin masyarakat Kayan dan Kenyah memohon agar Adet Kayan-Kenyah 1994 yang sedia ada dikodkan mengikut kaum masing-masing.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, permohonan itu dibuat kerana terdapat perbezaan atau variasi yang jelas dalam bahasa mereka.

“Selain, wujud juga perbezaan antara kaum Kayan dan Kenyah di Bahagian Miri serta Kayan dan Kenyah di Bahagian Kapit dan Bintulu.

“Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) akan melaksanakan kajian mengenai perkara tersebut pada tahun hadapan,” katanya dalam ucapan penggulungan mesyuarat kedua bagi penggal kedua DUN Ke-19, di sini, hari ini.

Sementara, menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya, beliau memberitahu bahawa kumpulan etnik lain selain Kayan dan Kenyah yang telah memisahkan adat mereka termasuk etnik Kelabit dan Lun Bawang.

“Dalam masyarakat Orang Ulu, terdapat empat kumpulan utama bagi masyarakat tersebut iaitu Kayan, Kenyah, Kelabit dan Lun Bawang. Itu adalah empat kumpulan utama bagi orang ulu.

“Mereka tidak sama, contohnya Kayan dan Kenyah, bahasa dan adat yang mereka gunakan adalah tidak sama,” katanya.

Sebelum ini menurut Sikie, etnik Kayan dan Kenyah telah menyusun adat mereka di bawah kod Adet Kayan-Kenyah 1994 dan atas permintaan kedua-dua ketua masyarakat, kedua-dua kumpulan etnik adat itu akan dipisahkan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU