ARTIKEL

Peminat sukan dua roda diseru sertai Program MalaysiaActive@Motorsports KBS Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Peminat sukan permotoran di Bahagian Kuching dan sekitarnya digalakkan untuk menyertai Program MalaysiaActive@Motorsports KBS yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KBS) Sarawak pada 20 dan 21 Januari ini.

Setiausaha Kerja Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nurul Ain Abd. Halim menegaskan, program berkenaan terbuka kepada individu berumur dari 13 hingga 25 tahun.

Menurut beliau, program dua hari itu kelak akan dikendali oleh tenaga pengajar profesional yang juga pakar dalam sukan permotoran.

“Peserta yang terlibat dengan program ini berpeluang mendapat latihan mencakupi pelbagai kemahiran daripada tenaga pengajar profesional dalam sukan permotoran,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Nurul Ain, peserta yang menyertai program itu nanti disediakan kelengkapan latihan termasuk motosikal.

“Individu berminat boleh menghubungi saya di talian 017-609 6396.

“Untuk pengetahuan, penyertaan adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja pada setiap sesi,” jelas beliau lagi.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,