ARTIKEL

Pemindahan ibu kota pulihkan Jakarta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono berkata pemindahan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan Timur memberi cabaran dan peluang kepada Jakarta untuk melaksanakan pemulihan dan pembangunan bandar yang lebih baik, lapor agensi berita Antara.

“Jakarta akan berubah dengan keistimewaan menjadi sebuah bandar raya global yang berfungsi sebagai hab utama rangkaian ekonomi dunia yang mempunyai hubungan yang mengikat dengan bandar lain dan secara langsung memberi kesan kepada hal ehwal ekonomi dunia,” tegas beliau dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan pada Sabtu.

Kenyataan itu dibuat ketika beliau berucap pada majlis yang diadakan sempena Hari Autonomi Wilayah 2023, bertemakan ‘Otonomi Wilayah Maju, Indonesia Maju,’ di Plaza Selatan Monumen Nasional di Jakarta.

“Peringatan hari autonomi wilayah ini adalah detik untuk bermuhasabah untuk memahami kepentingan kerajaan yang adil dan demokratik dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya, bahasa dan adat resam,” katanya.

Beliau berkata, autonomi wilayah mesti diteruskan di Jakarta bagi memastikan kesan ketara kepada pembangunan dan tadbir urus.

Baca lain  Pita Limjaroenrat gagal dapat sokongan

Beliau turut menyebut beberapa kelebihan autonomi wilayah, seperti meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, meningkatkan penyertaan masyarakat dan mengekalkan autonomi dalam menguruskan cukai dan yuran untuk membiayai pelbagai program pembangunan.

Selain itu, autonomi wilayah bertujuan untuk memberikan kuasa kepada ketua wilayah untuk mengurus potensi wilayah mereka secara mandiri, berdasarkan keperluan dan ciri daerah masing-masing. 

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,