Kredit eBeliaRahmah tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan “peer-to-peer” atau penebusan tunai.
Kementerian Kewangan melalui perkongsian di Facebook mengingatkan penerima supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang taktik penipuan oleh “scammer” yang menawarkan penebusan tunai bagi kredit eBeliaRahmah atau lain-lain tawaran.
Pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah melalui e-dompet terpilih iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Penerima boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi menggunakan e-dompet pilihan atau QR DuitNow di lebih 1.7 juta peruncit atau perniagaan.