ARTIKEL

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid

Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayar balik hingga 31 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diseru merebut peluang insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang berakhir pada 31 Mac ini.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagi tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Januari lepas, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta melibatkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.

“Melalui pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas, kerajaan bersetuju mengenai pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi tiga kategori.

“Tiga kategori itu termasuk diskaun 10 peratus atas baki hutang bagi penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10 peratus bagi bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, dan diskaun 15 peratus bagi bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang memberikan manfaat kepada peminjam PTPTN.

“Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amatlah dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan kepada anak-anak generasi akan datang sekali gus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

“Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik dan tampil berbincang dengan PTPTN sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana PTPTN sedia membantu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata PTPTN juga menyediakan pelbagai saluran bayaran balik bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik, termasuk melalui aplikasi myPTPTN yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh menghubungi PTPTN untuk maklumat lanjut menerusi Careline PTPTN di 03-2193 3000, Live Chat melalui www.ptptn.gov.my, E-Aduan https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif jualan PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn atau media sosial rasmi PTPTN. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan