ARTIKEL

Tertuduh (tengah) bersama-sama peguam yang mewakilinya di luar Mahkamah Seksyen.

Pempengaruh media sosial didenda RM10,000 persenda Ngepan Indu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap seorang pempengaruh media sosial kerana menghantar kenyataan menyinggung perasaan masyarakat Iban di laman sosial Instagram mengenai pakaian tradisional yang dikenali ‘Ngepan Indu’.

Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram menggunakan akaun ‘ryzalibrhm’ yang disambung ke laman Facebook dan Instagram ‘duriankimchi’ sengaja memulakan penghantaran bersifat menyinggung perasaan masyarakat Sarawak khasnya kaum Iban.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Mei 2021 sekitar jam 3.30 petang di sebuah bilik solekan di pejabat ASTRO, Bukit Jalil.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Azreena Aziz memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillany Siji manakala tertuduh diwakili peguam Firdaus Morshidi.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU