ARTIKEL

Pemuda didenda miliki wang secara tidak sah dalam akaun syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang juruteknik penghawa dingin dijatuhi hukuman denda RM41,500 atau penjara 166 minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki sejumlah wang dalam akaun syarikat secara tidak sah untuk aktiviti penipuan pelaburan dalam talian.

Tertuduh Goh Kah Loon, 26, dari Kajang, Selangor mengaku bersalah atas 83 pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut kesemua 83 pertuduhan, dia didakwa menerima transaksi wang berjumlah RM601,899.60 dari sebuah bank sekitar bulan Januari sehingga Februari 2020.

Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu bagi setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas Kah Loon.

Berdasarkan fakta kes, pengadu dan abangnya telah memasukkan sejumlah wang secara berperingkat bermula 28 Januari hingga Februari 2020 ke dalam akaun di bawah nama sebuah syarikat servis penghawa dingin iaitu ‘AN1 Aircond Service’ selepas tertarik dengan satu iklan pelaburan.

Pengadu mendapat tahu tentang pelaburan terbabit daripada seorang lelaki berbangsa Cina bernama Shi Hai yang kini menetap di Semenanjung Malaysia.

Hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan pemilik akaun berkenaan dan telah menerima wang secara tidak sah dalam akaun sebanyak RM601,899.60.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu