Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Pemuda dipenjara lapan bulan, miliki kereta curi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang pemuda tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki kereta curi.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Elvin Voon Yong Tak, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuatkuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki harta curi iaitu sebuah kereta salon di tempat letak di MJC, Batu Kawa di sini, kira-kira jam 6.40 petang, 12 Febuari lepas.

Oleh hal demikian, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kes, pada 18 November lepas, kira-kira jam 1.50 petang bertempat di tempat letak kereta belakang sebuah premis makan, pihak polis melihat seorang lelaki masuk ke dalam kereta jenis salon dalam keadaan mencurigakan.

Kemudian, suspek ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati nombor kenderaan yang digunakannya adalah palsu.

Hasil siasatan, tertuduh ditangkap bersama dua unit anak kunci beserta alat kunci kawalan jauh kerana didapati telah menggunakan kereta curi dan kenderaan tertuduh adalah kereta yang dilaporkan hilang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru