Pemuda ditahan miliki 72 pil dipercayai Nospan di Mukah

MUKAH: Tidak serik pernah ditangkap oleh pihak polis, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan reman di Balai Polis Daerah Mukah, kerana memiliki 72 biji pil palang berwarna putih disyaki dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, suspek ditemui ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan ke atas rumahnya yang beralamat di Jalan Petanak/Oya sekitar jam 12.54 tengah hari ini.

“Hasil maklumat orang awam turut mensyaki rumahnya itu menjadi tempat kegiatan dadah, dalam serbuan ke atas bilik tidur suspek pihak polis menjumpai 72 pil Nospan disyaki Dadah dan tangkapan serta rampasan telah dijalankan.

“Manakala hasil saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah,” ujarnya.

TIDAK JERAK … Dadah dipercayai pil Nospan berwarna putih ditemui dalam serbuan ke atas suspek dirumahnya di Jalan Petanak/Oya hari ini.

Suara Sarawak