ARTIKEL

Pemuda edar dadah berdepan hukuman gantung, sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemuda berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas empat pertuduhan mengedar dadah jenis Metamphetamine seberat 12.85 kilogram dan Ketamine seberat 13.37 kilogram.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan, tertuduh Spancer, 27, hanya mengangguk tanda faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua Majistret berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama, sekitar jam 1,30 petang, 26 Februari lalu semasa dia berada di kaki lima berdekatan sebuah kedai makan Lee Ling Height, Jalan Penrissen, didapati mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 6.098 kilogram.

Manakala, pertuduhan kedua, Spancer didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 6.096 kilogram di sebuah pusat kurier di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, kira-kira jam 2.00 petang, pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengedar dadah jenis Ketamine seberat 13.37 kilogram dan 664 gram dadah Metamphetamine di sebuah bilik di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang, sekitar jam 3.00 petang, juga hari yang sama.

Pendakwaan kes bagi kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan juga sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum mati.

Majistret Zaiton Anuar dan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali masing-masing menetapkan 13 April depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Selain itu, reman tertuduh juga diperintah untuk dilanjutkan sementara menunggu tarikh sebutan kes.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh dua Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh diwakili Peguam Gerald Empaling Donald, Steven Beti dan Timothy Finlayson Joel.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU