Pemuda guna syabu berseronok dengan patung seks di Miri

BEKENU: Seorang pemuda berusia 48 tahun bersama sebuah patung pemuas seks ditahan dalam operasi perdana One Stop Commitee, baru-baru ini.

Ketua AADK Daerah Miri Mazalan Jikran berkata, ujian saringan awal saspek didapati positif dadah jenis syabu ‘methamphetamine’.

“Semasa pasukan membuat pemeriksaan di dalam bilik saspek, kami menemui beberapa video cakera padat lucah dan patung pemuas seks,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mazalan, pemuda yang masih bujang itu dipercayai menggunakan dadah jenis syabu untuk tujuan meningkatkan nafsu dan melayan video lucah serta patung seks berkenaan.

“Saspek adalah antara 39 orang ditahan dalam operasi perdana One Stop Commitee yang positif dadah jenis syabu dan ganja daripada 43 orang yang telah diurin,” ujar Mazalan.

Daripada semua saspek tersebut, 38 orang lelaki dan seorang wanita antara yang positif dadah kesemuanya berusia lingkungan 20an hingga 60an dari kawasan Bekenu, Niah dan Miri.

Operasi pada 10 hingga 12 April itu dijalankan oleh AADK Daerah Miri bersama Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA Miri.

Susulan itu penahanan tersebut, 36 saspek akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983 dan tiga orang lagi akan disiasat dibawah seksyen 6(3) dalam akta yang sama.