ARTIKEL

Pemuda hilang semasa menjala ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Seorang pemuda yang dipercayai hilang semasa menjala di Sungai Peliran Murum pada Jumaat disahkan lemas selepas mayatnya ditemui lewat petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat Leonard Siki Anthony Wini, 29, ditemui timbul kira-kira 800 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB), atau lebih kurang 300 meter dari lokasi perahu mangsa.

PASUKAN SAR membawa mayat Leonard ke darat selepas dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi perahu mangsa, semalam.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus mengambil mayat tersebut dan dibawa ke darat.

“Mayat seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu jelasnya, Leonard dikatakan hilang semasa menjala ikan pada 5 petang Jumaat.

Rakan mangsa Nicholas Sim Kwang Choon terdahulu dalam laporan polis menyatakan, beliau bersama enam lagi rakan menjala.

Bagaimanapun, didapati seorang rakan mereka (Leonard) tidak balik dan usaha mencari telah dilakukan di sekitar kawasan sungai tersebut namun gagal.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU