ARTIKEL

Pemuda maut terkena renjatan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan setinggan RPR Sebiew Lorong B8, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan khidmat khas.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 20 tahun tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

“Bomba bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke seberang sungai untuk ke lokasi mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia,”ujarnya.

Katanya lagi, mangsa, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjut.


BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan