ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Pemuda mengaku salah pukul rakan guna cota

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemuda berusia 20 tahun mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, kerana memukul kenalannya menggunakan sebatang cota pada 28 Januari lalu,

Dia membuat pengakuan terbabit sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Namun demikian, Zubaidah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan, sementara menunggu laporan sosial pada 8 Mac depan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 28 tahun di hadapan sebuah restoran makanan India, Jalan Green Hill, sekitar jam 3.45 pagi hari kejadian.

Menurut fakta kes, semasa kejadian mangsa cuba meleraikan pergaduhan empat orang lelaki kenalannya, namun telah dipukul menggunakan sebatang cota sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Laporan polis dibuat oleh mangsa seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 29 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

Mohon dana ikut keperluan

KUCHING: Rumah ibadat yang memerlukan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diseru untuk membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar. Timbalan Premier Datuk

BERITA TERBARU

Kapit meruan ba ati

TUSUN KETERUBAH TAJA udah tu bejalai jauh beribu batu meri servis pengerai ngagai mensia mayuh ba selampur Sarawak tauka menua bukai, Kapit meruan lekat ba