ARTIKEL

Timbalan Ketua Pemuda PBB, Datuk Lukanisman Awang Sauni

Pemuda PBB kutuk insiden lontar ‘molotov cocktail’ ke premis KK Mart

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kejadian melontar ‘molotov cocktail’ ke premis KK Mart Jalan Satok di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PBB, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata tindakan ekstrem tersebut sangat mengejutkan masyarakat umum dan sepatutnya tidak berlaku di Sarawak.

Tegasnya, satu siasatan segera perlu dilakukan untuk mencari individu dan pelaku yang bertanggungjawab melakukan tindakan ekstrem tersebut.

“Kerjasama orang ramai juga diperlukan bagi menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Saya menyeru agar masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak tenang dan matang dalam
memahami isu semasa yang berkait dengan insiden cetakan kalimah Allah pada stoking yang dijual di rangkaian kedai KK Mart,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, insiden seperti ini boleh menjejaskan keselamatan orang awam dan pekerja di premis tersebut.

Katanya, ancaman seperti ini juga bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka atau mengikut tindakan yang berlaku di semenanjung Malaysia.

Baca lain  Persidangan DUN Sarawak bermula hari ini

“Maka saya menegaskan agar tindakan undang-undang wajar dikenakan kepada pelaku dengan kadar segera.

“Tiada kompromi kepada kumpulan yang bertindak dengan sengaja untuk mencetus ketegangan serta ketakutan dalam kalangan masyarakat berbeza agama dan kaum.

“Saya menasihatkan agar masyarakat Sarawak tidak mengambil ringan kejadian ini dan perlu bersama-sama memastikan agar tindakan ekstrem sebegini tidak menjadi budaya dalam berdepan dengan isu semasa,” katanya.

Beliau berkata, negara mempunyai perundangan yang dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Katanya, Sarawak merupakan sebuah kerajaan yang aman, harmoni serta makmur dan meraikan kepelbagaian.

“Tinggi harapan saya agar kejadian sebegini tidak berulang di Sarawak, dan khususnya di seluruh Malaysia.

“Masyarakat perlu berganding tangan dan menyatukan tahap pemikiran agar meletakkan perpaduan dan kestabilan sebagai asas kekuatan negara,” ujarnya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,