Pemuda PBB N3 Tanjong Datu turun padang hulur bantuan

SEMATAN: Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu yang diketuai oleh Ketua Pemuda, Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan terus turun padang menghulur bantuan kepada yang memerlukan melalui #SkuadSayangN3 Tanjong Datu.

Kali ini mereka pergi menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Zulfizam Bin Jem yang meninggal dunia di Kampung Tanah Hitam 2 Sematan.

Azizul berharap agar bantuan ini dapat membantu mereka untuk meringankan beban dan mendapat rawatan lanjut dan semoga mereka cepat sembuh, katanya.

Di samping itu beliau turut menghantar sumbangan kerusi roda kepada nenek Sahnah Bin Mohamad di Kampung Tanah Hitam 1 untuk memudahkan nenek itu bergerak.

Mereka juga turut menampal poster Gabungan Parti Sarawak (GPS) di setiap rumah dan mengagihkan bendera sebagai tanda sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Ketua Pemuda, Azizul Annuar Pehin Sri Hj Adenan dan Kaunselor Mohammad Naieem bin Samsudin menghantar sumbangan kerusi roda kepada nenek Sahnah Bt Mohamad di Kampung Tanah Hitam Sematan