Pemuda PBB Satok agih bubur lambuk kepada penduduk Satok ditimpa banjir

KUCHING: Sebanyak 500 bungkusan bubur lambuk diagihkan oleh Pergerakan Pemuda PBB Satok malam tadi kepada penduduk Satok yang ditimpa musibah banjir.
Beberapa kawasan sekitar Satok dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan dan air pasang kebelakangan ini.
Timbalan Pengerusi PBB Satok, Datuk Ibrahim Baki turut hadir pada Program Prihatin Pemuda PBB Satok tersebut.
Ketua Pemuda PBB Satok, Dzamaluddin Zainudin berkata, bubur lambuk tersebut diagihkan kepada penduduk bagi meringankan beban mereka yang penat dan letih mengemaskan kawasan rumah yang kotor akibat banjir.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus Mossuri Takaful Service, Sy Azizah, Pengerusi Jawatankuasa Keselematan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ethan Tan, Exco Pemuda PBB Satok dan Media CyberSatok kerana menjayakan program tersebut.



Suara Sarawak