Penagih dadah dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didapati bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya buat kali ketiga dalam tempoh dua tahun dikenakan lima tahun penjara serta dua sebatan rotan semalam.

Hakim Mahkamah Seksyen Marutin Pagan mengarahkan lelaki tempatan itu dikenakan hukuman setelah mengaku bersalah di bawah Seksyen 39C(1) Akata Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh sekarang berusia 49 tahun tidak pernah menyesali perbuatannya mengambil dadah berkali-kali dalam tempoh dua tahun.

Mahkamah mengambil tindakan drastik dan mengenakan hukuman berat terhadapnya atas permohonan Pendakwa Raya Ruthra Raj. Tertuduh didapati positif setelah kandungan air kencingnya diperiksa.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

Suara Sarawak