Penagih wanita ditahan miliki dadah

KUCHING: Seorang wanita berusia 24 tahun dari Sipitang, Sabah ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pondok kecil di Kampung Baru Sundar, Lawas semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superintendan Hasnir Abdul Hamid, serbuan dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lawas (BSJND Lawas) pada lebih kurang jam 10 pagi.

“Apabila disoal siasat, suspek terpaksa menyerahkan dompetnya yang mengandungi beberapa bungkusan dadah jenis syabu seberat 5.5 gram dianggarkan bernilai RM1,200,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasnir menambah suspek turut didapati positif dadah jenis syabu dan amfetamin di mana kini ditahan di pejabat BSJND Lawas untuk tindakan lanjut.

Katanya suspek dalam permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun termasuk tidak kurang tiga
sebatan dan tidak melebihi sebatan.

Dadah yang dirampas daripada seorang wanita yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pondok kecil di Kampung Baru Sundar,
Lawas semalam.

Suara Sarawak