Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Penalti kelewatan pembayaran cukai tanah dikurangkan kepada 5 peratus

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju mengurangkan penalti kelewatan pembayaran cukai tanah daripada 50 peratus kepada lima peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS).

“Saya telah mengadakan perbincangan yang baik dengan ACCCIS. Ada perkara yang kami cuba selesaikan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

“Mengenai cukai tanah, saya telah minta pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LANDAS) dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian untuk berhubung dengan ACCCIS. Kami telah bersetuju meminda jumlah penalti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina (TBC) Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) di sini, malam tadi.

Sebelum ini, beliau berkata penalti bagi kelewatan pembayaran cukai tanah ialah 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kadar yang dikenakan.

“Tetapi sekarang saya kata jangan denda penalti 50 peratus, hanya lima peratus sahaja berdasarkan kadar kompaun.

“Jika anda tidak membayar penalti itu, sudah tentu ia akan menjadi seperti bank tetapi kurang daripada 50 peratus,” katanya.

Terdahulu, Presiden ACCCIS Datuk Tan Jit Kee berkata persatuan itu telah mengadakan kunjungan hormat ke Premier bulan lepas dan membangkitkan beberapa isu kebimbangan yang dikumpul daripada ahli dan komuniti perniagaan tempatan.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk kenaikan kadar sewa untuk hartanah komersial dan perindustrian.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru